| Home About Us Products & Services R & D Events FAQ Corporate Govenance Career News Contact Us |
Media ClippingsUtusan Malaysia (Korporat)- 23 December 2003
DVM Technology catat lebihan langganan 90.3 kali.
KUALA LUMPUR, 22 Dis. - DVM Technology Bhd. yang akan disenaraikan di Pasaran Mesdaq Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 2 Januari 2004, hari ini mencatat lebihan langganan 90.3 kali.
Lebihan itu melibatkan tawaran langganan awam berjumlah empat juta saham pada harga tawaran 40 sen setiap satu, kata syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan di majlis cabutan saham itu di sini. DVM Technology merupakan pembekal sistem dan rumusan telekomunikasi, data komunikasi dan rangkaian komputer. Pengapungan saham syarikat itu turut melibatkan penempatan 28 juta saham kepada pelabur terpilih dan tawaran lapan juta saham kepada pekerja syarikat itu. Penerbitan 40 juta saham itu membolehkan DVM Technology mengumpul RM16 juta yang akan digunakan untuk tujuan promosi dan penjenamaan, membiaya projek serta penyelidikan dan pembangunan, dan dijadikan modal kerja. Selepas majlis cabutan saham itu, Ketua Pegawai Eksekutif DVM Technology, Wong Wai Wah, memberitahu pemberita bahawa syarikatnya meramalkan penerokaan syarikat di negara-negara Asean akan menyumbang kira-kira lima peratus kepada pendapatan jualan tahun depan. Syarikat itu kini meninjau untuk menerokai Thailand tahun depan, katanya. Penerokaan dari seberang laut dijangka lebih besar pada tahun-tahun mendatang, tetapi syarikat akan menumpu kepada Thailand buat masa ini, katanya. Pada tahun berakhir 30 Sept. 2002, DVM Technology mencatat keuntungan sebelum cukai RM4.2 juta. - Bernama
|
||||
