| Home About Us Products & Services R & D Events FAQ Corporate Govenance Career News Contact Us |
Media ClippingsBerita Harian (Ekonomi) - 3 January 2004
DVM lancar Genico suku pertama 2004
KUALA LUMPUR 2 Jan. - DVM Technology Bhd. (DVM), penyedia penyelesaian komunikasi, merancang untuk melancarkan ’ Genico’, sejenis perisian aplikasi Komunikasi Generasi Masa Depan (NGC) pada suku pertama tahun ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Goh Kian Seng berkata perisian itu dibangunkan oleh NGC Systems Sdn. Bhd., sejak dua tahun lalu dan ia bakal mengandungi beberapa lagi komponen perisian menjelang tiga tahun akan datang. “Genico amat berguna kepada perniagaan, penyedia perkhidmatan dan juga pengguna akhir kerana ia membantu mengurangkan kos serta mempercepatkan sesuatu kerja,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyenaraian DVM Technology ke pasaran MESDAQ Bursa Saham Kuala Lumpur, di sini hari ini. Pada majlis itu, saham syarikat itu telah mencatatkan premium sebanyak RM0.24 sen berbanding harga tawaran permulaan sebanyak RM0.40 sesaham dengan 6,350 saham bertukar tangan. Beliau menambah, Genico adalah nama kepada penyedia perkhidmatan aplikasi (ASP), penyedia perkhidmatan internet (ISP), pembawa pertukaran dalaman (LEC) dan lain-lain yang membolehkan rangkaian perniagaan, penyedia perkhidmatan internet dan pengguna akhir menggabungkan rangkaian mereka. Menurut Kian Seng, perisian itu mempunyai enam komponen utama yang disasarkan kepada tiga pengguna iaitu Genico SDP Core Platform, Genico SNP, Genico Voice VPN, Genico IP Centrex, Genico Prepaid dan Genico Business Trunccation. Katanya, ketiga-tiga golongan pengguna itu akan mendapat manfaat seperti pengurangan kos panggilan tempatan dan antarabangsa, peningkatan produktiviti, meningkatkan aliran kerja, peningkatan asas pelanggan dan kemudahan mobiliti. Beliau menjangka, perniagaan perisian DVM akan memberi peningkatan pendapatan sebanyak 20 peratus selain kontrak dan tender bernilai RM100 juta masih di dalam pesanan. “Kami juga bercadang untuk meneroka ke pasaran antarabangsa dengan Thailand sebagai permulaan melalui rakankongsi, Datamat untuk memasarkan produk ke situ.” Katanya, jika pasaran di Thailand berjaya, pihaknya akan memperluaskan pasaran ke Vietnam pula.
|
||||
